May 12, 2012

Budak Undur Kenderaan Rempuh Rumah Jiran


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun tidak sengaja merempuh anjung rumah jirannya ketika dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya pada kelajuan 30 kilometer sejam. Kejadian berlaku di pinggir bandar Boston Dorchester sekitar 8.30 pagi 9 Mei 2012 apabila budak ini diminta oleh ibunya untuk menghidupkan enjin kereta sebelum dia memasukinya.


Namun, budak lelaki ini telah bertindak mengundurkan kereta BMW tersebut sehingga melepasi jalanraya di antara dua kenderaan lain diparkir di situ sebelum merempuh anjung rumah jirannya.


Anggaran kerosakan ialah AS$80,000 untuk rumah dan kemungkinan besar AS$100,000 membaiki kerosakan pada kereta BMW tersebut. Anggota bomba berkata budak lelaki itu 'bertuah' kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius setelah dibawa menjalani pemeriksaan di Boston Medical Centre.


Setiap ibu bapa perlu memastikan anak² yang masih kecil tidak 'memandu' kenderaan anda ketika anda menyuruh mereka menghidupkan enjin sebelum memulakan perjalanan.

©Eriyza : Teringin memandu kereta BMW.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.