May 6, 2012

Ella Mengahwini Alvin Di Le Meridien


Penyanyi Ella Chen yang popular menerusi kumpulannya S.H.E akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama Alvin Lai yang berasal dari Malaysia pada 05.05.2012. Majlis perkahwinan Ella ♥ Alvin telah berlangsung secara tertutup di Le Meridien Taipei, Taiwan. Ella, 31, berpacaran selama 1 tahun ½ dengan Alvin, 35, yang bertugas sebagai Pembantu Pengurus Pemasaran L’Oreal Group di Taiwan.

Selain menyanyi, Ella juga berbakat dalam bidang lakonan. Ini terbukti dengan kejayaannya memainkan peranan utama dalam drama Hana Kimi. Malah sifat kelakar Ella membuatkan dia disenangi ramai.


Majlis perkahwinan Ella Chen ♥ Alvin Lai turut dihadiri oleh dua lagi ahli kumpulan S.H.E iaitu Selena Jen dan Hebe Tien.

©Eriyza : Tidak kering gusi menonton gelagat Ella di dalam drama Hana Kimi bersama Wu Chun.

Via : Facebook Fan Page Ella

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.