May 19, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar berjaya meranapkan impian Sime Darby untuk bergelar juara Piala FA selepas pemain import dari Lubnan itu berjaya menyumbat gol hasil sepakan penalti pada minit ke 58. Biarpun gol yang terhasil daripada sepakan penalti tidak segah gol biasa, namun ianya membolehkan Kelantan mendakap Piala Fa buat julung² kalinya setelah membenam Sime Darby 1-0.


VIDEO GOL SEPAKAN PENALTI YANG DIJARINGKAN
OLEH MUHAMMAD GHADDAR PADA MINIT KE-58

Kemarau gelaran Juara Piala FA sejak 22 tahun lalu akhirnya menjadi realiti di Stadiun Nasional Bukit Jalil, di hadapan kira² 85,000 penyokong Merah Putih yang terkenal dengan jolokan The Red Warriors.


Walaupun kecundang, ketua pasukan berstatus kelab Sime Darby, Es Lizuan mampu tersenyum bangga apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Lebih manis lagi, Piala FA yang baru dibuat diserahkan kepada kapten pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Tahniah The Red Warriors terutamanya Khairul Fahmi.

©Eriyza : Walaupun ada pihak memasang skrin besar berhampiran rumah tetapi tidak berminat hendak turut serta berpesta bola.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.