May 23, 2012

Nazmi Faiz Disambar Kelab Beira-Mar


Tonggak Harimau Muda A, Mohd Nazmi Faiz Mansor menjulang nama Malaysia apabila terpilih sebagai pemain bola sepak pertama dari negara ini dan juga Asia Tenggara yang berjaya bermain di Liga Utama Portugal. Nazmi telah pun menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar.


Pemain berusia 17 tahun itu telah menjalani sesi pemilihan pada minggu lepas seterusnya berjaya menambat hati jurulatih Beira-Mar. Nazmi dijangka boleh bermain dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada Ogos ini setelah dia mencapai umur 18 tahun berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.



“Adalah sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasa ini adalah peluang besar saya dan saya sangat beruntung. Bermain di Eropah adalah impian besar saya. Saya amat gembira dan bermotivasi untuk langkah ini, saya perlu pergi. Saya suka Beira-Mar sejak menjejak kaki di sini dan saya telah menemui tempat yang tepat untuk maju kehadapan, ” kata Nazmi.

“Saya diterima dengan baik oleh semua, tetapi saya sangat berterima kasih kepada jurulatih [Ulisses Morais] dan Kapten [Hugo]. Beliau memberi kata-kata semangat untuk saya. Semua yang saya lakukan untuk mengambil kesempatan ini untuk menjadi pemain yang lebih baik dan menghormati negara saya, ”kata Nazmi.

Petikan Harian Metro


Untuk makluman, Nazmi mula mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3. Bahkan golnya itu turut diisytihar sebagai gol ketujuh terbaik di dunia.

Tahniah kepada Nazmi Faiz. Semoga terus cemerlang dalam sukan bola sepak pada masa hadapan.

©Eriyza : Mungkin satu hari nanti Nazmi Faiz boleh bermain sehebat Lionel Messi.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.