May 15, 2012

Pencuci Tandas Terima Ijazah


Seorang lelaki bukan sahaja bekerja sebagai penjaga bangunan di Universiti Colombia malah turut menuntut secara sambilan di sana. Walaupun Gac Filipaj membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut selama ini tetapi itu sedikit pun tidak memudarkan semangatnya untuk belajar.


VIDEO GRADUASI GAC FILIPAJ

Penat lelahnya berbaloi apabila dia mengenggam segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian pada majlis konvokesyen yang diadakan pada Ahad lalu. Lebih membanggakan, lelaki berusia 52 tahun ini juga antara pelajar cemerlang dalam pengajian klasik.


Pakcik Filipaj melarikan diri ke Amerika Syarikat setelah mengalami perang saudara di negara asalnya, Yugoslavia pada tahun 1992. Dari situlah, dia mula mempelajari Bahasa Inggeris.


Selaku pekerja di Universiti Colombia, Filipaj tidak perlu membayar wang pengajiannya. Kejayaannya tidak datang sekelip mata kerana selama 12 tahun dia bersengkang mata sehingga larut malam untuk belajar.


Hampir semua rakan² sekelas pakcik Filipaj berusia awal 20an. Memiliki ijazah belum memadai baginya kerana dia masih bercita-cita untuk mengambil sarjana atau doktor falsafah. Untuk itu, dia perlu mencari pekerjaan yang lebih baik untuk merealisasikan impiannya. Sejurus majlis berakhir, Filipaj meneruskan tugasnya sebagai tukang cuci bangunan.

©Eriyza : Kisah pakcik Gac Filipaj patut dijadikan inspirasi oleh setiap anak muda yang ingin berjaya.

Via : DailyMail

2 Comment

Nurul Tue May 15, 02:41:00 PM

bgus pakcik ni.. =)

Eriyza Wed May 16, 12:09:00 AM

@Nurul:
Aha. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.