May 11, 2012

Perakam Video Dera Nafi Tidak Cakna


Kelmarin, penulis ada menulis tentang isu emak mendera anak kandungnya sendiri. Walaupun hal itu telah berlaku setahun lalu tetapi ianya dibongkar kembali dek video yang dimuatnaik ke internet. Hari ini, perakam video tersebut tampil menangkis serangan sesetengah pihak yang mendakwa dia tidak berhati perut apabila merakam video tersebut tanpa menolong bayi yang didera itu.


VIDEO LUAHAN HATI PERAKAM VIDEO
EMAK MENDERA ANAK DENGAN BANTAL

Menurut 'heroin' yang hanya mahu dikenali sebagai Noor (dalam mStar nama Shima), tujuan dia merakam video tersebut adalah untuk mendapatkan bukti agar pihak polis dapat menjatuhkan hukuman setimpal kepada ibu mangsa dera tersebut.


Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

Petikan Harian Metro


Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.

"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.

"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membutatuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yangberlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepadaBernama sambil mengesat linangan air matanya.

Beliau berkata, pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.

"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.

"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.

Beliau berkata, selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.

Petikan mStar


Penulis berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi memandangkan pelakunya sudah pun menerima hukuman. Perakam video ini juga tidak patut ditohmah kerana niatnya tidak sama dengan apa yang kita semua fikirkan. Akan tetapi, penulis musykil tentang penggunaan nama samaran berbeza yang digunakan oleh wanita ini.

©Eriyza : Bersyukur kerana pernah memiliki arwah ibu yang sangat penyayang.

Via : Harian Metro | mStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.