May 28, 2012

Senarai Pembida Nombor Pendaftaran WWW


Portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah mengeluarkan senarai nama pemohon yang berjaya membida nombor pendaftaran WWW. Mendahului senarai ialah D.Y.M.M Sultan Ibrahim, Sultan Johor yang membuat nilai bidaan tertinggi iaitu RM520,000 untuk plat WWW 1.

Sejak nombor pendaftaran WWW mula dibuka pada 30 April 2012, sebanyak 18,243 permohonan dihantar sehingga ditutup pada 14 Mei 2012. Bidaan RM520,000 untuk WWW 1 adalah yang tertinggi setakat ini mengatasi MCA 1 yang bernilai RM300,100.

Pada asasnya semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida. Surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.

Wow! Setengah juta dibelanjakan hanya untuk membeli nombor plat?? Pada penulis, ianya satu pembaziran kerana masih ada benda lain yang selayaknya dibeli menggunakan wang sebanyak itu. Malah, ianya jauh lebih mahal berbanding harga kenderaan mampu milik di Malaysia.

©Eriyza : Siapa beli plat bernombor WWW 7887?? Teringin nak tahu.

Via : Jabatan Pengangkutan Jalan

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.