Jun 21, 2012

Bapak Juntai Anak Tepi Tingkap


Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mengalami detik cemas apabila bapanya menjuntainya di tepi tingkap di tingkat enam sebuah rumah pangsa. Lelaki tersebut tergamak 'bermain' dengan nyawa anaknya hanya kerana bertengkar dengan isterinya. Kes itu berlaku pada 18 Jun lalu di Guangzhou, wilayah Guandong, hanya beberapa hari selepas pasangan itu berpindah ke rumah pangsa tersebut.


Menurut saksi, 'drama' mendebarkan itu berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila lelaki itu membuka tingkap rumah pangsanya lalu duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan anaknya itu. Dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.

Jeritan dan rayuan ibu kanak-kanak itu jelas kedengaran yang meminta suaminya agar membawa anak mereka masuk ke dalam rumah. Malangnya lelaki itu yang merupakan seorang penagih dadah tidak mengendahkan isterinya langsung.


Jiran mereka segera menghubungi pihak kecemasan. Anggota bomba menyediakan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh. Dalam masa yang sama, polis menyerbu rumahnya dan mula berunding dengan lelaki itu. Polis menerpa ke arahnya dan membawa budak kecil itu ke tempat selamat setelah dia enggan bekerjasama selepas dipujuk. Lelaki yang masih berada di bawah pengaruh dadah itu berjaya ditahan.

©Eriyza : Tatkala orang lain berusaha mendapatkan cahaya mata, lelaki ini memperjudikan nyawa anaknya.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.