Jun 20, 2012

Belasah Pelanggan Tukar Saluran Televisyen


Dek penangan Euro 2012, seorang lelaki cedera apabila dipukul oleh seorang pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning ekoran tindakannya menukar saluran televisyen ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Difahamkan, kes itu berlaku pada pukul 5.10 pagi tatkala lelaki berusia 30an tersebut menukar saluran televisyen ketika pelanggan lain asyik menonton aksi Russia menentang Greece.

Berlaku pertengkaran antara lelaki itu dengan beberapa pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya. Perbalahan itu berlanjutan sehingga ke luar pusat hiburan menyebabkan pihak polis dipanggil. Polis berjaya mengawal keadaan tidak lama kemudian.

©Eriyza : Tidak sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan merebut sebiji bola.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.