Jun 19, 2012

Daniyar Nazarbayev Terlibat Dalam Penipuan


Daniyar Nazarbayev, anak tiri Bolat Nazarbayev yang juga merupakan abang kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah didakwa di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat. Menurut pertuduhan, dia telah menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Sumber mendedahkan bahawa Daniyar kononnya mendakwa dia telah menamatkan pengajian dari sebuah sekolah tinggi di Kazakhstan sewaktu memohon kemasukan ke universiti tersebut. Dia sebenarnya bersekolah tinggi di Switzerland tetapi tidak menamatkan pengajian.

Rekod Universiti Colombia menunjukkan Daniyar masih dalam direktori alumni yang telah bergraduasi pada 2010. Daniyar dikatakan bertemu dengan Nooryana Najwa di Columbia lalu berputiklah bunga-bunga cinta antara mereka. Daniyar bertunang dengan Nooryana, anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib pada 17 Jun 2011.

Daniyar Nazarbayev Court's Document


Secara ringkas, Daniyar, 24 dituduh bersama ibunya, Maira Nazarbayev, 50, telah menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh Bolat ketika mereka membeli seunit pangsapuri bagi pihaknya di New York pada tahun 2008. Daniyar sepatutnya meletakkan nama Bolat sebagai pemilik telah menukarkan kepada nama ibunya. Setelah 8 bulan berlalu, Maira menjual pula pangsapuri tersebut kepada Daniyar.

Buat masa ini, Daniyar yang menghilangkan diri masih belum ditemui walaupun pihak berkuasa telah mencarinya di 5 buah negara termasuk Malaysia.

Perkara utama yang bermain di minda penulis adakah pertunangan antara Nooryana ♥ Daniyar akan dibatalkan apabila Perdana Menteri Malaysia mengetahui tembelang bakal menantunya itu??

©Eriyza : Simpati dengan Nooryana Najwa. Tentu dia bersedih kerana mencintai jantan yang tidak berguna.


Via : New York Post

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.