Jun 27, 2012

Kerabat Diraja Serang Peninju Negara


Seorang kerabat diraja dan seorang lagi rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, pada 6 Mei 2012. Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dituduh bersama Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi suspek yang masih bebas telah menyebabkan kecederaan parah terhadap peninju negara itu pada bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut menggunakan senjata tumpul pada tarikh 6 Mei 2012, antara jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Tertuduh bakal menjalani hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan kesalahan. Mereka yang diwakili oleh peguam Mohamad Isa Mohamad Basir mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.

©Eriyza : Walau siapa pun kamu, peliharalah nama baik ibu bapa.

Via : Sinar Harian | Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.