Jun 27, 2012

Lelaki Tua Tikam Teman Wanita


Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang warga tua berusia 61 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Ratna Sufizzahriyanti Omar, 23, di bilik, sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium, di sini antara jam 8.45 malam 2 Mei 2011 hingga 12.45 pagi 3 Mei 2011.

Hakim memutuskan hukuman itu setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes tersebut. Dakwaan terhadap warga emas itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, keterangan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Ratna meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian badan disebabkan oleh Othman.

“Pakar patologi mengesahkan terdapat 26 luka tikaman dan empat hirisan ditemui di bahagian toraks si mati terutamanya di dada dan belakang menembusi organ vital (utama) seterusnya menyebabkan kematian,” katanya.

Justeru katanya, kewujudan banyak luka tikaman itu menunjukkan bahawa Othman ada niat untuk menyebabkan mangsa mati.

Beliau berkata, pembelaan dibuat Othman dalam kandang tertuduh pada 27 Mei lalu bahawa dia tidak sedar apa yang berlaku sehingga menyedari Ratna terbaring dalam keadaan berlumuran darah tidak dapat diterima mahkamah.

“Dalam pembelaan itu, tertuduh cuba menimbulkan bahawa dia tidak berfikiran waras semasa melakukan perbuatan membunuh bagaimanapun selepas dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, pakar mengesahkan tertuduh dalam keadaan siuman semasa kejadian.

Ketika prosiding, ibu dan adik perempuan kepada Allahyarham Ratna turut hadir mendengar keputusan enggan ditemu bual.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud sementara tertuduh diwakili peguam, A J Surinarayanan.

Petikan Sinar Harian


Difahamkan, Othman yang bekerja sebagai tukang masak restoran bertindak membunuh Ratna yang merupakan seorang jurutera kilang di Gurun selepas teman wanitanya itu enggan berkahwin dengannya.

©Eriyza : Kalau orang tidak mahu, carilah yang lain.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.