Jun 18, 2012

Penternak Berkahwin Atas Trak


Sepasang pengantin dari Wattsburg, Pa memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka di atas pikap. Perkahwinan di antara Beth Meabon ♥ Drew Robinson telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Jun 2012.


Perkahwinan pasangan muda ini telah diadakan di luar rumah Meabon di ladang milik keluarganya. Sekurang-kurangnya 150 orang tetamu yang hadir terutamanya ahli keluarga dan kawan-kawan mereka. Para tetamu hanya duduk di atas rumput kering.


Pasangan Meabon, 20, dan Robinson, 22, yang bekerja sebagai penternak turut ditemani oleh pengapit mereka iaitu Maggie Rosati dan sepupu Meabon, Breann Chesley.


Pengantin memandu sendiri traktor besar yang merupakan kenderaan rasmi perkahwinan mereka selepas majlis perkahwinan selesai untuk ke tempat makan.

©Eriyza : Ada sesiapa mahu buat majlis kahwin dalam kebun durian??


Via : Chron

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.