Jul 25, 2012

Asia Tour 2012 : Malaysia vs Arsenal


Perlawanan bola sepak persahabatan Jelajah Asia 2012 antara Arsenal dan Malaysia XI telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9.45 malam bertarikh 24 Julai 2012. Mampukah Malaysia selaku Juara Asia Tenggara mengekang kemaraan Arsenal yang diberi jolokan The Gunners selaku kelab bola sepak bertaraf professional??

Malaysia mendahului perlawanan pada minit ke 46 menerusi Azmi Muslim yang melepaskan rembatan kencang dari jarak 30 meter sehingga tidak dapat dianggar oleh penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.




Berikut antara pemain Malaysia dan Arsenal yang menyumbat gol.

Malaysia
Azmi Muslim - minit 46

Arsenal
Thomas Eisfeld - minit 87
Chuks Aneke - minit 90



Tanpa kelibat Khairul Fahmi, Farizal Marlias dilihat ampuh mempertahankan kubu Malaysia daripada dibolos lebih banyak gol. Untuk makluman, Malaysia kalah 0-4 ketika menentang Arsenal pada tahun 2011. Sayang sekali, pasukan negara gagal mengulangi kejayaan Mokhtar Dahari yang membenam The Gunners 2-0 pada tahun 1975.


Tahniah buat anak-anak buah Datuk K. Rajagobal yang berjaya menghalang kemaraan Arsenal walaupun tewas 1 berbalas 2 gol. Tentu sekali skuad Arsene Wenger tidak senang duduk kerana menang tipis.

©Eriyza : Tidak menonton perlawanan persahabatan Malaysia menentang Arsenal bukan kerana Khairul Fahmi tidak beraksi.

Via : Sokernet | DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.