Jul 16, 2012

Dato' Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012


Rancangan masakan yang hangat diperkatakan, MasterChef Selebriti Malaysia telah menemui titik noktahnya apabila Dato’ Fazley Yaakob dinobatkan sebagai pemenang sekaligus menewaskan pesaingnya iaitu Angah Raja Lawak atau nama di dalam sijil kelahirannya ialah Iskandarshah Bin Hashim.


Dato' Fazley berjaya mengutip dana sebanyak RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. MasterChef Selebriti kali ini diadili oleh 3 orang chef professional iaitu Chef Johari, Chef Zubir dan Chef Amran.

Sekalung tahniah buat Dato Fazley Yaakob. Siapa sangka perunding motivasi ini mempunyai bakat memasak yang hebat. Selepas ini bolehlah terbitkan buku masakan pula. Bertuah Datin Azrene kerana memperolehi suami yang pandai memasak.

©Eriyza : Bagus juga kalau dapat suami yang ada bakat memasak.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.