Jul 29, 2012

Nombor Telefon Girls Generation Dijual Atas Talian


Jika sudah menjadi orang terkenal di seluruh dunia, sudah pasti apa sahaja maklumat tentang seseorang itu boleh didagangkan. Itulah nasib yang menimpa artis Korea apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual nombor telefon peribadi milik mereka. Perkara itu didedahkan dalam rancangan ‘One Night of TV Entertainment' terbitan SBS yang bersiaran pada 25 Julai 2012.

Antara artis yang menjadi mangsa ialah kumpulan dianggotai oleh 9 anak gadis iaitu Girls Generation a.k.a SNSD.

Panggilan telah dibuat kepada penjual untuk meminta nombor telefon Girls Generation dan penjual berkata, "Saya mempunyai nombor telefon mereka semua. Harga setiap nombor telefon ahli kumpulan tersebut ialah $4."

Malah penjual turut memberikan diskaun atau nombor percuma jika pembeli berminat mendapatkan pelbagai nombor daripada mereka.

Ketika penjual ditanya mengenai sumber dia mendapatkan nombor-nombor berkenaan, ini responnya, "Orang yang menjual nombor-nombor ini mempunyai hubungan rapat dengan orang dalam industri. Saya rasa peminat juga sibuk mengeposnya di kafe."

Namun, kafe peminat yang berkenaan telah pun ditutup.

©Eriyza : Mahu nombor telefon Lee Tae Gon, boleh tak??

Via : AllKPop

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.