Jul 9, 2012

Politikus Jordan Acu Pistol Pada Lawan


Berang dituduh sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad), seorang ahli politik Jordan yang sedang berdebat telah bertindak di luar batasan apabila mengeluarkan sepucuk pistol seraya mengacukannya kepada pihak lawan. Sebelum pistol diacu, Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad. Insiden itu berlaku ketika stesen saluran televisyen swasta Jo Sat menyiarkan debat secara langsung antara ahli politik berhaluan kiri itu dengan tajuk berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.


Mohammed Habashneh selaku perantara program cuba meleraikan perbalahan di antara Shawabka dan Mansour ketika masing-masing saling mengutuk sesama sendiri. Dengan pantas, Shawabka melontar kasut yang menjadi simbol penghinaan bagi orang Arab ke arah Mansour sambil menuduhnya penyangak. Sejurus kemudian, dia menyeluk pistol dari poket lalu diacu kepada Mansour.

Pergaduhan yang tercetus tidak mencederakan sesiapa tetapi sangat mengaibkan apabila ianya menjadi tontonan 'mata dunia'.

©Eriyza : Tidak suka tengok orang bergaduh.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.