Jul 21, 2012

Roti Bakar Tahun 1981 Berharga RM1311


Mahukah anda membeli sepotong roti yang sudah berusia 31 tahun dengan harga ribuan ringgit?? Sepotong roti yang dikatakan telah dihidangkan pada tahun 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles telah dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131). Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.

Rosemarie Smith, 83, mendakwa roti itu masih berkeadaan baik kerana dia menyimpan roti tersebut selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, dia dan anak perempuannya yang bekerja sebagai pelayan di istana tersebut melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana. Dia kemudiannya mengambil roti berkenaan untuk disimpan.

Pada tahun lalu, Smith berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong berikutan majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada 29 April 2011.

Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers. Setakat ini, terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon.

©Eriyza : Kurang gemar roti bakar.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.