Aug 14, 2012

Bank Dibom Perompak


Sekumpulan perompak menyangka mereka 'bijak' apabila bertindak mengebom mesin pengeluaran automatik (ATM) di Bank Rakyat, cawangan Masjid Tanah, Melaka untuk mengaut kesemua wang yang berada di dalam mesin ATM tersebut. Namun, rancangan mereka ternyata sia-sia kerana hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.

Letupan kuat pada pukul 3.20 pagi itu memusnahkan hampir keseluruhan bahagian bawah bank, selain siling tingkat atas yang menempatkan bahagian pengurusan juga runtuh, serta berlaku retakan pada dinding.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal.

"Perompak memasang sejenis bahan letupan pada sebuah mesin ATM di bank tersebut dengan tujuan untuk merompak wang.

"Bagaimanapun, selepas diletupkan mesin ATM tidak terbuka dan hanya bahagian luar mesin yang rosak teruk," kata beliau dengan memberitahu keempat-empat suspek memakai jaket hitam dan bertopi keledar.

Menurut beliau, akibat letupan kuat, bukan saja mesin ATM tersebut rosak teruk malah sebuah lagi mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) turut rosak.

Petikan Kosmo!


Huh! Perompak sekarang semakin berani bertindak ganas. Pihak polis kena giatkan rondaan waktu malam di kawasan berisiko tinggi.

©Eriyza : Selalu berurusan di mesin ATM.

Via : Kosmo! | Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.