Aug 31, 2012

Bas Hilang Kawalan Rempuh Kedai Makan


Sebuah bas ekspres hilang kawalan sebelum merempuh kedai makan di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat, hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu. Nahas pada pukul 11.25 pagi itu berlaku ekoran kerosakan brek pada bas. Sebelum merempuh tiang konkrit kedai makan, bas turut melanggar kereta Honda Civic yang kemudiannya merempuh pula Perodua Kembara.


Kira-kira 10 orang penuntut PSMZA yang sedang menikmati sarapan pagi di kedai makan berkenaan bergegas menyelamatkan diri. Namun, empat daripada pelajar tersebut, cedera di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan kaca dan besi ketika bertempiaran lari.


Pelajar PSMZA yang cedera ialah :-

Azizul Hakimi (18)
Muji Rahman (18)
Ainil Iqmal (18)
Shahrul Azwari (18)


Pemandu kereta Honda Civic, Ahmad Qasimi Mohamed, 27 dan rakannya yang duduk di sebelah, Melcolm Wee, 25, hanya cedera ringan. Mereka berjaya keluar dari kenderaan melalui pintu sebelah kiri.

Semua penumpang bas yang berjumlah 10 orang tidak cedera manakala pemandu bas, Zahari Muda, 39, dari Pengkalan Arang, Kuala Terengganu hanya mengalami cedera ringan. Zahari membuat laporan di Balai Polis Dungun manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

©Eriyza : Macam kenal kedai makan yang dimaksudkan.


Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.