Aug 16, 2012

Mohd Iskandar Azaki Hampir Putus Jari


Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun menjadi mangsa terbaru mercun bola menjelang dua hari sambutan Aidilfitri. Mohd. Iskandar Azaki Mat Rudin dari Kampung Kubang Golok, Bachok, Kelantan hampir putus jari manis kanannya bahana mercun bola yang dipasangnya meletup sebelum sempat membalingnya ke lantai.

Menurut ibu mangsa Siti Aisah Mat, 31, dia mendengar bunyi letupan kuat, dari salah sebuah bilik di rumahnya ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu. Sejurus kemudian, anak sulungnya Nurul Atirah Azati, 12, memberitahu bahawa tangan adiknya berlumuran darah.


“Saya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mendapati tangan Iskandar berlumuran darah.

“Mujurlah ketika kejadian suami saya Mat Rudin Ibrahim, 38, turut berada di rumah dan bergegas membawa Iskandar ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di HPRZ II, semalam.

Siti Aisah memberitahu, dia sering menasihatkan anak-anaknya supaya tidak bermain mercun kerana ia boleh mendatangkan mudarat.

“Ini kali pertama dia bermain mercun bola, dan entah bagaimana Iskandar boleh terlepas membawa balik mercun itu, kerana suami saya sering memeriksa beg sekolah dan seluarnya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, sebanyak 16 kes mercun diterima pihaknya, tetapi ada yang menerima rawatan pesakit luar dan tidak diwadkan namun ia menunjukkan peningkatan dari tahun lalu yang hanya mencatat 13 kes.

“Keadaan ini menunjukkan peningkatan dan situasi ini cukup membimbangkan. Saya berharap ibu bapa membuat pemantauan rapi bagi mengelakkan anak-anak mereka menjadi mangsa seterusnya,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Semakin kerap pihak akhbar melaporkan kes cedera kerana mercun bola, semakin ramai pula terus bermain mercun tersebut tanpa menghiraukan berita yang mereka dengar.

©Eriyza : Berharap tiada lagi kes mercun bola yang disiarkan akhbar.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.