Sep 24, 2012

Kelindan Lori Disamun Waktu Pagi


Seorang pemuda disamun di Bukit Rinting, Taman Rinting ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada pukul 1 pagi. Mangsa, Abu Sayed Sulaiman, 23, menunggang motosikal Yamaha LC telah diekori oleh motosikal RXZ yang dinaiki oleh 2 orang sejauh 2 kilometer.

Mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori mendakwa, salah seorang penyamun mengacukan parang ke lehernya manakala seorang lagi menendang motosikalnya sehingga menyebabkannya terbabas lalu terjatuh.


“Saya sangat terkejut dan panik apabila dengan tiba-tiba leher diacu sebilah parang sebelum seorang lagi penjenayah itu menyepak hingga menyebabkan motosikal yang ditunggangi terbabas dan saya terjatuh.

“Ketika sedang menahan kesakitan, kedua-dua penjenayah itu yang berniat untuk menyamun kemudian menghampiri saya lalu memeriksa dompet dan telefon bimbit. Namun hampa kerana mendapati saya langsung tidak mempunyai wang."

“Selepas memeriksa semua barang dan mendapati dompet saya tiada wang serta telefon bimbit yang saya gunakan jenis biasa sahaja, mereka tidak berminat untuk mengambilnya dan sekadar mencampaknya semula kepada saya.

Petikan Sinar Harian


Abu Sayed yang cedera di muka, tangan dan kaki dihantar oleh rakannya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan. Dia menerima tujuh jahitan di kening dan lima jahitan di dagu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

©Eriyza : Adinda lelaki pernah kehilangan motosikal LC.

Via : Kosmo! | Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.