Sep 28, 2012

Kereta Remuk Rempuh Bank


Sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh seorang wanita telah terbabas lalu merempuh sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal setelah kenderaannya itu dihimpit oleh kereta Mitsubishi ASX yang dipandu seorang lelaki, Lim Hock Lea, 41.

Nahas itu berlaku pada pukul 7.30 pagi. Mangsa, Yeo Wei Neng, 18, yang memandu bersendirian hanya cedera ringan.


“Ketika mangsa yang berada di kawasan lampu isyarat mahu meneruskan perjalanan ke arah Temiang, tiba-tiba datang sebuah kereta yang mahu masuk simpang kanan jalan menghimpit keretanya.

“Ia menyebabkan kedua-dua kenderaan bergesel dan kereta yang dipandu wanita berkenaan terbabas lalu merempuh pintu sebuah bank,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, rempuhan kuat berkenaan menyebabkan dinding bank pecah dan bahagian hadapan kereta remuk.

“Ketika rempuhan berlaku, bank tersebut masih belum memulakan operasi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini dan lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Petikan Sinar Harian


Mujurlah mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius.

©Eriyza : Geleng kepala melihat sikap pemandu Malaysia yang kurang etika di jalanraya.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.