Sep 29, 2012

Lelaki Koma Menangis Mendengar Suara Kekasih


Mathew Taylor, 31, berada dalam keadaan koma selama 10 bulan selepas motosikalnya terlibat nahas jalanraya di Bali, Indonesia. Doktor berpendapat lelaki itu tidak akan sedarkan diri buat selama-lamanya. Namun, keajaiban berlaku apabila Mathew mengalirkan air mata tatkala mendengar suara tunangnya, Nurul Handayani di telefon yang berada jutaan kilometer jauhnya.

Mathew berkenalan dengan Anda (panggilan untuk Nurul) ketika dia mengajar Bahasa Inggeris di Bali pada tahun 2009. Ketika nahas berlaku, Mathew masih sedar tetapi dia tidak mendapatkan rawatan kerana ketiadaan insurans.

Mathew, yang patah tengkorak, koma selepas pembedahan untuk membina semula soket matanya menggunakan tulang dari paha dan telah diterbangkan pulang ke UK oleh keluarganya.

Anda, 27, berada di sisi Mathew di hospital di Derby sebelum pulang ke negaranya selepas visanya tamat. Ibu Matthew, Heather menelefon Anda dan meletakkan telefon di telinga Mathew, ketika itulah dia menangis ketika mendengar suara kekasihnya.

Mathew juga mengerakkan tangannya ke kiri dan kanan apabila mendengar telefon berdering seolah-olah mahu berbicara dengan wanita yang amat dicintainya.

Ini bukan adegan di dalam drama tetapi adalah situasi sebenar yang sedang berlaku ke atas Mathew. Dia menunjukkan tanda-tanda akan pulih selepas mendengar suara penawar nombor satunya, Nurul Handayani.

©Eriyza : Kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya.

Via : Mirror


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.