Oct 23, 2012

Bahan Letupan Dilontar Ke Padang


Dek kerana jengkel dengan drama sebabak yang berlaku di padang, ada penonton meluahkan kemarahan dengan cara melemparkan bahan letupan (bom atau mercun?) ke tengah padang ketika perlawanan bola sepak antara Anorthosis dan Omonia Nicosia berlangsung di Cyprus. Insiden itu berlaku ketika pasukan medik memberi rawatan kepada pemain Anorthosis yang cedera apabila bahan letupan yang dilemparkan jatuh betul-betul di tempat mereka memberikan rawatan.


Sejurus kemudian, asap berkepul berserta cahaya hijau dan sebelum meletup menyebabkan mereka lari menyelamatkan diri. Letupan itu mengenai mata, telinga dan muka pemain tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan. Perlawanan dihentikan selama 10 minit berikutan kejadian berkenaan yang tercetus pada separuh masa kedua.

©Eriyza : Ada pemain sengaja melengah-lengahkan masa dengan berpura-pura cedera.

Via : The Sun



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.