Oct 31, 2012

Belajar Senyum Dengan Penyepit Makanan


Polis China terkenal sebagai pasukan keselamatan yang menjalani latihan ketat. Ekoran persiapan mental dan fizikal yang begitu keras, anggota polis terbabit tidak begitu 'pandai' mengukir senyuman.

Justeru, pasukan polis di Dalian wilayah Liaoning telah mengadakan kursus khas untuk mengajar para anggota mereka teknik senyuman yang betul. Uniknya, setiap peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum.

Menurut jurucakap polis Liaoning, kurus itu diadakan untuk mendedahkan kakitangan mereka agar 'murah senyuman' ketika berurusan dengan orang ramai.

©Eriyza : Selalu tengok senyuman abang-abang polis.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.