Oct 15, 2012

Budak Mati Dihempap Televisyen


Seorang budak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia akibat dihempap televisyen di dalam bilik tidur rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang semalam. Halif Hariz Khairil Anuar dikatakan menarik sebuah laci rak televisyen lalu menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Halif Hariz yang mengalami kecederaan teruk telah meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi hari ini.

Petikan Sinar Harian


Takziah diucapkan kepada keluarga anak kecil ini.

©Eriyza : Tv terpakai 29 inci jenama Panasonic telah dijual dengan harga RM300.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.