Oct 13, 2012

Peti Sejuk Dilengkapi Televisyen


Sebuah syarikat telah mengeluarkan sebuah peti sejuk yang mempunyai pelbagai fungsi khusus untuk golongan kaya. Ini berikutan harganya $41,500 yang lebih mahal daripada dapur biasa. Peti sejuk yang dinamakan Meneghini La Cambusa itu dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Harga setiap peti sejuk ini boleh berubah mendadak mengikut kehendak pelanggan kerana ianya dibuat di Itali berdasarkan tempahan. Peti sejuk 3 pintu ini kelihatan seperti almari antik dari luar mempunyai rangka kayu yang boleh dicat dengan lebih 500 warna. Pelanggan juga perlu membayar harga tambahan untuk pemegang yang diperbuat daripada loyang, rak cermin dan unit peti sejuk dan peti beku.


Agak² ada tak orang kaya dari Malaysia mahu menempah peti sejuk serba canggih ini??

©Eriyza : Lebih suka peti sejuk dalam cerita Korea.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.