Oct 14, 2012

Si Kembar Makan Sambil Tidur


Pasangan kembar seiras Alexander-Jacobs (AJ) dan Michael-Jaime (MJ) Nasol bercuti di Cuba bersama keluarga mereka. Mereka dibawa bermain di kolam renang dan membina istana pasir di pantai. Akan tetapi, apabila waktu makan tengahari, kedua-dua kembar ini yang sudah keletihan berusaha menghabiskan spagetti mereka walaupun tersengguk mengantuk.


Ibu si kembar, Stetka merakamkan aksi lucu anaknya yang berusia 22 bulan di meja makan lalu mengeposnya di Youtube pada 6 Oktober 2012. Setakat topik ini ditulis, video berkenaan telah ditonton sebanyak 421,465 kali.


Kalau sudah terlalu mengantuk, makanan kegemaran pun boleh kalah dengan bantal.

©Eriyza : Tidak pernah makan spagetti.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.