Oct 28, 2012

Tadika Pecat Guru Jahat


Seorang guru perempuan prasekolah di China telah dipecat ekoran mendera anak-anak muridnya dengan hukuman yang keterlaluan ketika mengajar. Tidak cukup dengan mendera, Yan Yanhong turut memuatnaik aksinya bersama pelajar ke laman web sosial.


Sejumlah 702 gambar yang memaparkan guru berusia 20 tahun itu mengangkat anak muridnya dengan hanya memegang cuping telinga, mulut dan tangan pelajar ditutup dengan pita pelekat, ada yang disumbat ke dalam tong sampah dan lain-lagi.


Ketika disoal siasat, guru tadika yang mengajar di Wenling, Wilayah Zhejiang itu mempertahankan dirinya bahawa dia hanya berseronok dengan anak muridnya dan berbuat demikian sekadar untuk mengambil gambar.

Cikgu seperti ini tidak layak menjadi pendidik. Pihak sekolah sepatutnya lebih peka dengan kelakuan guru di dalam bilik darjah.

©Eriyza : Tidak pernah tutup mulut pelajar bising dengan pita pelekat.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.