Nov 8, 2012

Barack Obama Kekal Presiden Amerika Syarikat


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kembali semula ke White House untuk tempoh 4 tahun lagi setelah diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya presiden yang berlangsung kelmarin. Obama, 51, yang memperolehi 303 undian menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney, 65, yang hanya mendapat 206 undi.


Obama pernah mencipta sejarah apabila menjadi penduduk kulit hitam pertama yang dipilih sebagai presiden pada tahun 2008. Namanya terus gah apabila terlakar sebagai presiden kulit hitam pertama yang memegang tampuk pemerintahan selama 2 penggal.


Episod kemenangan Obama yang bertanding untuk Parti Demokrat berulang ekoran berjaya meraih undi di kawasan yang sama ketika menang pilihanraya 2008. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri semuanya.


Sementara itu di negeri Florida memperuntukkan 29 undi pemilih kepada pemenang undi popular.

Pengiraan undi di Florida masih belum diketahui setakat pukul 11 malam semalam waktu Malaysia.

Bagaimanapun, Obama dari parti Demokrat sudah dianggap memenangi pilihan raya presiden kerana beliau hanya memerlukan 270 daripada 538 undi pemilih untuk memegang jawatan tersebut buat penggal kedua.

Pada pilihan raya 2008, Obama memenangi 365 undi pemilih berbanding pencabarnya, Senator McCain dari parti Republikan dengan 173 undi.

Undi pemilih itu diberikan kepada calon presiden yang memenangi undi popular terbanyak di sesebuah negeri kecuali di Maine dan Nebraska.

Negeri Maine menetapkan dua undi pemilih diberikan kepada pemenang undi keseluruhan terbanyak manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memperoleh undi paling banyak di dua daerah Kongres AS.

Bagaimanapun, di negeri tersebut, Obama menyapu bersih keempat-empat undi tersebut.

Pada tahun 2008, Obama mendapat empat undi pemilih di negeri itu.

Di negeri Nebraska, tiga undi pemilih diberikan kepada pemenang undi terbanyak di tiga daerah Kongres AS manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memenangi paling banyak undi popular.

Romney menyapu bersih kesemua undi pemilih di negeri itu.

Pada tahun 2008, Obama hanya memperoleh satu undi pemilih di negeri berkenaan.

Pada pilihan raya presiden menyaksikan, bilangan undi pemilih yang diperoleh Romney lebih banyak daripada McCain yang menentang Obama pada pilihan raya 2008.

Pada pilihan raya 2008, Obama menang di Carolina Utara dan Indiana.

Namun pada kali ini, Romney menang di kedua-dua negeri itu.

Menurut akhbar Wall Street Journal, Romney menang 60 peratus undi penduduk kulit putih manakala Obama hanya memperoleh 38 peratus kurang lima peratus pada pilihan raya 2008.

Romney merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan bertanding buat kali pertama menentang Obama.

Petikan Kosmo!


Tahniah dan syabas kepada Presiden Barack Obama. Berbaloi sudah segala penat lelahnya ketika berkempen di sana sini.

©Eriyza : Presiden Barack Obama menang lagi. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cemburukah?? Bila lagi mahu buat pilihanraya umum ke-13??

Via : Kosmo! | DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.