Nov 28, 2012

Bot Boleh Dilipat


Dua orang graduan Seni dari Kolej Diraja, Arno Mathies dan Max Frommelt telah mencetuskan idea menarik dalam pembuatan bot apabila mereka cipta sebuah bot yang boleh dilipat. Bot berkenaan diberi nama Foldboat diperbuat daripada plastik dan berukuran 250cm x 150cm ketika ianya dilipat sepenuhnya.


Bot ini hanya sesuai untuk dinaiki oleh 2 orang. Ia juga lebih praktikal jika digunakan untuk berekreasi di kawasan tasik sambil bersantai menikmati pemandangan indah. Foldboat mudah dibawa ke mana-mana kerana ianya muat dimasukkan ke dalam bonet kereta.

©Eriyza : Pernah naik bot nelayan.

Via : Core 77



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.