Nov 24, 2012

Budak Hancur Tangan Dikisar Mesin Pemerah Santan


Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Aisy Mirza Mahadi, apabila tangannya kirinya putus dan hancur sehingga ke bahu, akibat tersepit di dalam mesin pemerah santan di Kok Lanas, Kelantan, petang kelmarin.

Tragedi itu berlaku pada pukul 4 petang ketika mangsa, Aisy Mirza Mahadi, memasukkan tangannya ke dalam mesin terbabit yang masih berfungsi. Ibunya, Nik Noraida dikatakan tidak menutup suis mesin berkenaan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan alat itu.


Akibat kejadian berkenaan, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan susulan.

Menurut ibu mangsa, Nik Noraida, anak tunggalnya itu sering dibawa ke tempat kerjanya di kedai terbabit dan ada kalanya ditinggalkan bersama ibunya (nenek Aisy) di rumah.

“Dia (Aisy) tidak banyak kerenah dan tidak pernah mengganggu saya ketika melakukan kerja-kerja di dalam kedai, jadi saya selalu bawa dia, lagipun suami, Mahadi Mustapa, 29, juga bekerja di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai juru kimpal.

“Namun kejadian semalam (kelmarin), amat mengejutkan saya kerana hampir seluruh tangannya terlekat dalam mesin itu yang menyebabkan isi dan tulang tangannya tersembul keluar dan darah mengalir pekat,” katanya menceritakan saat cemas selepas tangan anaknya hancur tersepit dalam mesin terbabit.

Nik Noraida berkata, walaupun cemas melihat keadaan anaknya itu, dia terus merangkul tubuh Aisy dan membalut tangan anaknya menggunakan tuala bagi memberhentikan pendarahan.

“Saya bertindak nekad menyelamatkan Aisy yang ketika itu agak lemah kerana kehilangan banyak darah, dan berusaha membawa anak ke klinik Kesihatan Ketereh dan kemudiannya, dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan susulan," katanya.

Kejadian berlaku sekelip mata, kerana sebelum tangannya tersepit dia bermain di kawasan luar kedai.

“Setakat ini menurut doktor keadaan tangan Aisy agak parah dan mengikut laporan tangannya mungkin tidak dapat berfungsi sepenuhnya selepas ini.

“Apa pun saya harapkan dia berada dalam keadaan selamat dan masih menunggu laporan doktor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Sama-samalah kita doakan semoga adik Aisy cepat sembuh.

©Eriyza : Selalu beli santan segar di Mak Chili.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.