Nov 22, 2012

Faizal Tahir Lelong Piala Untuk Gaza


Setiap orang punya cara tersendiri untuk membantu penduduk Palestin. Artis yang gemar memakai baju berhuruf S yang merujuk kepada Superman, Faizal Tahir juga ingin menolong warga Palestin. Faizal Tahir telah menawarkan semua piala kemenangannya untuk dijual atau dilelong bagi mengumpul wang.

Sepanjang kariernya sebagai anak seni, Faizal telah memperoleh pelbagai trofi termasuklah Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Planet Muzik (APM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan lain-lain lagi.

Setiap wang yang didapati dari lelongan dan jualan piala tersebut akan disumbangkan kepada penduduk Gaza, Palestin. Menurut Faizal, piala tersebut tidak mendatangkan 'manfaat' selepas mati. Dia juga berharap tiada pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk berbuat demikian.

©Eriyza : Jika tidak mampu menyumbangkan wang ringgit, berdoalah untuk saudara sesama Islam yang menderita di Palestin.

Via : Twitter Faizal Tahir



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.