Nov 26, 2012

Keluarga Besar Dari Britain


Pasangan Noel Radford dan Sue Radford tidak mempunyai aset berjuta ringgit tetapi mereka 'kaya' anak. Kekayaan ini belum mencukupi buat mereka kerana Sue, 37, mahu menambah anak lagi selepas melahirkan anak yang ke-16, Casper, bulan lepas.

Keluarga besar ini tinggal di Morecambe, Lancashire. Rumah itu pernah menjadi pusat penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik. Keluarga ini dipercayai adalah keluarga yang paling ramai anak setakat ini di Britain.




Noel ♥ Sue mempunyai 9 anak lelaki dan 7 anak perempuan. Berikut ialah nama dan umur anak-anak mereka.

(1) Chris - 23 tahun
(2) Sophie - 18 tahun
(3) Chloe - 17 tahun
(4) Jack - 15 tahun
(5) Daniel - 13 tahun
(6) Luke - 11 tahun
(7) Millie - 10 tahun
(8) Katie - 9 tahun
(9) James - 8 tahun
(10) Ellie - 7 tahun
(11) Aimee - 6 tahun
(12) Josh - 4 tahun
(13) Max - 3 tahun
(14) Tilly May - 2 tahun
(15) Oscar - 1 tahun
(16) Casper - 1 bulan


Sue hamil pada kali pertama ketika berusia 14 tahun dan berkahwin 4 tahun kemudian. Noel, 41, menggunakan sebuah bas mini untuk membawa keluarganya ke sesuatu destinasi. Dia juga membelanjakan £250 seminggu untuk membeli makanan. Selain itu, keluarga ini menggunakan mesin basuh industri untuk membasuh pakaian.


Menurut Sue, dia seronok menjadi ibu. Dia bersalin secara berturutan untuk 6 orang anaknya. Mereka ialah Luke (11 tahun), Millie (10 tahun), Katie (9 tahun), James (8 tahun) , Ellie (7 tahun), dan Aimee (6 tahun). Selepas berehat selama 2 tahun, Sue bersalin lagi selama 5 tahun berturut-turut untuk anaknya, Josh (4 tahun), Max (3 tahun), Tilly May (2 tahun), Oscar (1 tahun) dan Casper (1 bulan). Pertambahan ahli keluarga terus berlaku apabila Sue mendapat cucu pertama selepas Sophie melahirkan anak sulung.

©Eriyza : Mahu anak ramai juga.

Via : DailyMail



\

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.