Dec 28, 2012

Banjir Buruk Di Kemaman


Kelmarin, 26 Disember 2012, banyak tempat di daerah Kemaman mulai dibanjiri air. Banjir kali ini dikhabarkan antara yang terburuk pernah berlaku. Selain kawasan yang selalu banjir seperti tempat rendah, ia turut membawa air ke bandar. Seingat penulis, kawasan bandar Chukai tidak pernah banjir sebelum ini.


Malam semalam dan tengahari tadi penulis sempat melalui kawasan yang ditengelami air ketika keluar berurusan. Jalan utama di hadapan Maybank Chukai masih dilintasi air. Pihak polis menutup jalan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Maka, ramailah yang terpaksa melalui Jalan Sulaimani untuk ke Kuantan.

Kenderaan beratur panjang ekoran kesesakan lalulintas. Buat seketika, penulis dapat menyelami perasaan orang-orang yang selalu terperangkap dalam trafik yang sibuk. Ketika pulang, penulis yang 'degil' memilih untuk melalui kawasan banjir. Nampaknya ada juga orang lain yang 'curi-curi' melalui kawasan berkenaan.


Bank Islam Chukai dan Nirwana Chukai serta premis perniagaan lain di kawasan Taman Chukai Utama ditutup terus kerana ditenggelami air. Malah, air memenuhi sepanjang jalan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai atau kini sudah bertukar nama kepada TEPCES ( Terengganu Premier School).

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuklah Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Bukit Mentok, Kampung Gong Pauh, Kampung Tempurung, Kampung Mak Chili dan lain-lain yang penulis kurang pasti. Sebahagian mereka telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir yang telah ditetapkan. Malah, bangunan di hadapan premis penulis juga turut dijadikan tempat perlindungan mangsa banjir.


Penulis hanya sempat mengambil beberapa keping gambar banjir ekoran bateri Samsung tinggal sedikit. Malah, penulis juga perlu bergegas pulang ke rumah.

©Eriyza : Takziah kepada mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga. Semoga semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan mendapat bantuan secukupnya.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.