Dec 10, 2012

Budak Sekolah Bawa Singa Ke Kelas


Sekumpulan budak sekolah memberitahu rakan sekelas mereka bahawa mereka menemui singa ketika dalam perjalanan ke sekolah. Namun, tiada sesiapa yang mempercayai cerita mereka. Justeru, mereka membawa anak singa jantan itu ke dalam kelas sehingga gempar satu sekolah.

Anak singa jantan itu ditemui oleh pelajar sekolah berkenaan sedang berkeliaran di kampung Seyatel, berhampiran Rostov di selatan Rusia. Lalu, mereka membawa singa itu ke sekolah.

Pemilik singa, Irina Kulikovskaya memberitahu media tempatan bahawa haiwan tersebut telah melompat keluar dari but kereta ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah zoo di Dagestan di Caucasus Utara.

Anak singa itu kemudiannya dikeluarkan dari sekolah dan diletakkan di sebuah zoo tempatan.

©Eriyza : Suka lagu Till Death Do Us Part dari White Lion.

Via : Digital Spy



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.