Dec 24, 2012

Pemiutang Yang Hilang


Soalan

Saya pernah berhutang tetapi kini saya telah putus hubungan dengan pemiutang sekali pun saya telah berusaha untuk mencarinya. Bolehkah saya mensedekahkan duit hutang itu kepada tabung masjid?

Ana, Sandakan, Sabah.

Jawapan:

Boleh, dengan syarat (1) niat anda ialah untuk membersihkan diri daripada sesuatu yang bukan milik anda, (2) anda tidak mengistilahkannya sebagai sedekah sebab sedekah hanya dibolehkan terhadap harta yang dimiliki sendiri dengan cara halal, dan (3) tidak digunakan untuk pembinaan masjid sebab sebahagian ilmuan Islam menegahnya. Justeru pilihlah tabung yang hasil kutipannya ditujukan kepada orang miskin.

©Eriyza : Elakkan berhutang jika mampu bayar tunai.

Via : HafizFirdaus



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.