Dec 13, 2012

Putus Jari Hantu Ditetak Tukang Sapu


Akibat membuang sampah di kawasan yang sudah dibersihkan, seorang wanita kehilangan jari tengah tangan kirinya akibat ditetak oleh tukang sapu. Insiden itu berlaku pada 3 November 2012 antara Jalan Tiexi dan Jalan Shifu di Hunan Zhuzhou.


Guo Nengfang, 33, menyuruh Zhou Ting, 22, dan rakan-rakannya yang sedang bersarapan mengutip semula sampah yang mereka buang dari van tetapi mereka enggan. Bengang dengan sikap mereka, tukang sapu mengacukan pisau ke arah suami Zhou Ting.

Ketika itu, gadis berkenaan cuba menyelamatkan suaminya dalam pergelutan yang berlaku sehingga jari hantunya terputus. Paling aneh, selepas kejadian itu berlaku, Guo Nengfang meneruskan tugasnya seolah-olah tiada apa-apa terjadi.

Zhou Ting dikejarkan ke hospital dan jari hantunya berjaya disambung semula. Dua jam berselang, tukang sapu berkenaan dicekup dek polis.

©Eriyza : Jangan buang sampah merata-rata, nanti ada orang marah.

Via : ChinaSmack



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.