Dec 29, 2012

Rebat Telefon Pintar Mulai Januari 2013


Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua muda-mudi. Kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa belia yang berusia 21 sehingga 30 tahun boleh memohon rebat berjumlah RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 Januari 2013.

Justeru, para belia yang layak boleh mendapatkan telefon pintar berkenaan untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa.


Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

“Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas,” katanya.

Petikan Kosmo!


©Eriyza : Ada belia yang mahu bantu penulis beli sebiji lagi telefon pintar??

Via : Kosmo!




0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.