Dec 24, 2012

Rebus Telur Tanpa Air


Lazimnya, untuk mendapatkan telur rebus, telur tersebut perlu dimasak di dalam air panas. Namun, pencipta dari Russia, Evgeny Morgalev telah mencipta sejenis alat bernama Gogol Mogol yang mampu merebus telur tanpa air.



Gogol Mogol diperbuat daripada kertas kadbod. Di dalamnya ada 3 lapisan dan ada dimasukkan kalsium hidroksida dan bahan kimia lainnya termasuk air. Ada membran di antara dua lapisan tersebut dan ianya perlu ditarik agar air dan bahan kimia boleh bertindak untuk memastikan telur masak. Prosesnya hanya selama 2 minit.

Walaupun alat ini unik tetapi ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dan perlu dibuang selepas itu. Alat ini mendapat pengiktirafan dari European Packaging Design Association. Malangnya, belum ada syarikat yang berminat menjualnya di pasaran walaupun keberkesanannya telah terbukti.

©Eriyza : Buat telur separuh masak guna air panas saja.

Via : Daily Mail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.