Jan 17, 2013

Koleksi Smurf Milik Karen Bell


Seorang kurator muzium, Karen Bell, 37, terlalu minat dengan kartun Smurf sehingga sanggup menghabiskan wang ringit untuk memiliki apa sahaja yang berkaitan dengan kartun itu. Karen membeli Grouchy Smurf seawal berusia 6 tahun dengan wang saku yang disimpannya.


Setelah mengumpul selama 30 tahun, Karen membina sebuah bilik khusus untuk Smurf. Kini, dia memiliki hampir 5,000 figura dan memorabilia, 1,200 stiker dan buku, 1,370 figura dan 117 kelengkapan asas.


Karen yang berasal dari Ayrshire, Scotland memaklumkan bahawa dia mengumpul karektor Smurf bersama seorang rakan baiknya. Namun, rakannya itu berhenti berbuat demikian apabila dewasa tetapi Karen meneruskan hobinya. Untuk mendapatkan semua barangan Smurf ini, Karen sudah berhabis sebanyak £20,000 (RM96307.60).

©Eriyza : Adakah Karen akan mewarnakan wajahnya sebiru Smurf??

Via : The Sun



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.