Jan 26, 2013

Tanda Arahan Pada Jalan Berlubang


Jika hujan berlaku, biasanya jalan raya akan terhakis sehingga menimbulkan lubang. Ia tentunya membahayakan kenderaan yang tidak menyedarinya terutama motor apatah lagi jika keadaan gelap pada waktu malam. Seorang pemandu yang baik hati telah menandakan kawasan yang berlubang dengan perkataan 'Fix Me'.


Beberapa kawasan berlubang dengan tulisan yang sama telah ditemui di Swanage, Dorset. Sejak itu, kawasan yang berlubang telah diperbaiki oleh kerajaan. Namun, orang misteri yang membuat tanda itu tidak diketahui.

Akan tetapi, jika dia tertangkap, dia pasti akan dihukum kerana perbuatan melukis grafiti di jalanan adalah menyalahi undang-undang.

©Eriyza : Bila kawasan berlubang di bandar Chukai mahu ditampal??

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.