Feb 18, 2013

Amah Lambung Anak Majikan


Sepasang suami isteri mungkin tidak akan mempercayai mana-mana lagi individu untuk menjaga anak mereka selepas anak lelaki mereka didera oleh pembantu rumah warga Indonesia. Mohd. Harez Mohd. Zamri, 4 bulan, cedera di badan akibat dilambung seperti anak patung oleh amah yang menjaganya.

Kejadian itu disedari oleh bapa mangsa, 42, yang memantau pergerakan keadaan di dalam rumahnya melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) melalui komputer riba yang disambung dengan CCTV yang dipasang di rumahnya di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang. Ibu bayi berkenaan, Nina Suraya Sulaiman, 24, sudah serik untuk mengambil pembantu rumah baru.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu sedang disiasat bagi menentukan tindakan lanjut atas perbuatannya.

“Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Pada 15 Februari lalu, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Petikan Kosmo!


Sewajarnya pembantu rumah yang tidak berhati perut seperti ini diperlakukan dengan cara yang sama agar mereka dapat merasai penderitaan yang ditanggung oleh bayi tersebut.

©Eriyza : Hantar pulang ke negara asal amah yang berkelakuan jahat.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.