Apr 9, 2013

Dunia Impian Si Duyung Jantan


Duyung seringkali dikaitkan dengan perempuan. Namun, seorang pemuda berusia 22 tahun dari Florida, Eric Ducharme mengubah persepsi itu apabila muncul sebagai duyung jantan. Dia akan memandu selama satu jam setengah tiga kali seminggu untuk menjalani rutin hidup sebagai duyung jantan di dalam air.

Menurut Eric, apabila berada di dalam air, dia seolah-olah berada dalam 'dunia' lain dan dia sangat selesa berada di kalangan haiwan lain. Kehidupannya sebagai duyung jantan semakin menyeronokkan apabila dia yang memiliki lesen menyelam mampu menahan nafas selam 4 minit di dalam air.


Apabila berada di dalam air, ekor duyung yang dibuat sendiri oleh Eric akan berkilau dan ianya menarik perhatian orang ramai. Eric kelihatan seperti seekor ikan emas yang besar apabila ekor berwarna oren disarungkan dari bahagian pinggang sehingga kakinya.

Bermula sebagai hobi, kini Eric menterjemahkan kegemarannya itu ke dalam bentuk perniagaan. Pelbagai jenis ekor duyung yang siap dengan sisik dan sirip menyerupai ikan sebenar telah direkanya. Menariknya, bahan yang digunakan akan membuatkan ekor berkenaan nampak berkilauan setiap kali dilihat.

Menariknya, sut duyung berkenaan tersedia untuk lelaki dan perempuan yang ingin menyelami kehidupan sebenar haiwan mitos yang popular itu. Hasil kerja Eric boleh dilihat di Mertailor.

©Eriyza : Suka tengok cerita ikan duyung.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.