Apr 11, 2013

Ketua Kelas Kena Belasah



Sehari dua ini video tentang beberapa orang pelajar membelasah ketua kelas mereka dikongsi dengan banyak di Facebook. Setelah diselidik, pelajar-pelajar berkenaan dikatakan bersekolah di SMK Tun Hussien Onn, Pulau Pinang. Penyebaran klip video berkenaan telah menjadi kes polis setelah menjadi isu hangat.

Namun, kejadian pada 4 Mac 2013 lalu itu telah diselesaikan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri apabila semua pelajar tingkatan 3 terbabit telah dibuang sekolah. Kejadian berkenaan berlaku ekoran ketua kelas itu dikatakan mahu melaporkan kepada guru bahawa rakan-rakannya itu membawa telefon bimbit ke sekolah.

Salah seorang daripada mereka menumbuk dan menendang mangsa ala tomoi sebelum rakan sekongkolnya turut serta. Malangnya, mangsa hanya mampu menahan sakit tanpa mampu membalas semula.

©Eriyza : Adakah semua kaki buli ini akan disumbat ke sekolah jahat??

Via : Facebook Polis Diraja Malysia



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.