Apr 10, 2013

Margaret Thatcher Meninggal Dunia


LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher atau lebih dikenali dengan panggilan "the Iron Lady" telah meninggal dunia di sini. Anak lelaki beliau, Sir Mark dan anak perempuannya, Carol mengesahkan beliau meninggal dunia pagi tadi.

Jurucakapnya, Lord Bell berkata: “Dengan rasa dukacita kami menyatakan bahawa Mark dan Carol Thatcher mengumumkan bahawa ibu mereka Baroness Thatcher meninggal dunia akibat angin ahmar pagi ini (Isnin / 8 April 2013). Satu lagi kenyataan akan dikeluarkan kemudian.” Mendiang berusia 88 tahun.



Berikut adalah profil & sejarah penting yang berlaku di bawah kepimpinan Thatcher:

> 13 Okt 1925: Margaret Hilda Roberts dilahirkan di Grantham, Timur England.

> Okt 1943: Mengikuti program ijazah sarjana muda kimia di Oxford University.

> 13 Dis 1951: Berkahwin dengan ahli perniagaan Denis Thatcher.

> 15 Ogos 1953: Melahirkan pasangan kembar Carol dan Mark.

> 8 Okt 1959: Parti Konservatif pimpinan Harold Macmillan menang pilihan raya. Thatcher terpilih sebagai ahli parlimen untuk kawasan Finchley, Utara London.

> 15 Okt 1964: Terpilih semula sebagai ahli parlimen di sebalik kekalahan Parti Konservatif di tangan Buruh.

> 19 Jun 1970: Konservatif kembali berkuasa di Britain. Thatcher dilantik Setiausaha Pendidikan dan Sains Kerajaan Baru Konservatif.

> 11 Feb 1975: Thatcher secara rasmi terpilih sebagai pemimpin Parti Konservatif.

> 3 Mei 1979: Parti Konservatif pimpinan Thatcher menang besar pilihan raya Britain sekaligus mengangkat sumpah sebagai perdana menteri wanita pertana Britain.

> 2 Apr 1982: Krisis bermula apabila junta tentera Argentina melancarkan serangan ke atas Kepulauan Falkland Islands; Thatcher menghantar bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan pulau itu.

> 14 Jun 1982: Argentina menyerah diri dan berundur dari Falkland - melonjakkan populariti Thatcher di tanah air.

> 9 Jun 1983: Thatcher mengumumkan pilihan raya baru dan sekali lagi menang besar.

> 12 Okt 1984: Tentera Pemberontak Republik Irish melancarkan serangan bom ketika Parti Konservatif mengadakan Persidangan Tahunan mereka di hotel penginapan Thatcer di Brighton, Selatan England; beliau terselamat tetapi lima lagi maut.

> 20 Nov 1984: Britain mengikuti langkah Malaysia menswastakan Jabatan Telekom.

> 19 Dis 1984: Thatcher menandatangani deklarasi bersama untuk menyerahkan kembali Hong Kong kepada China menjelang Julai 1997.

> 11 Jun 1987: Thatcher mengetuai Konservatif untuk kemenangan kali ketiga parti itu dalam pilihan raya Britain.

> 9 Ogos 1990: Thatcher memberikan komitmen Britain untuk membantu Amerika Syarikat membebaskan Kuwait selepas negara itu diserang dan ditawan oleh Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussein.

> 28 Nov 1990: Meletak jawatan selepas berlakunya percubaan untuk mendesaknya berundur dari dalam partinya sendiri.

> 30 Jun 1992: Mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara (House of Lords) sebagai Baroness Thatcher of Kesteven.

> 26 Jun 2003: Suami, Denis Thatcher meninggal dunia.

> 7 Dis 2005: Anak perempuannya Carol mengesahkan yang Thatcher menderita daripada lupa ingatan.

> 8 Jun 2010: Selepas Parti Konservatif memenangi semula pilihan raya, Perdana Menteri David Cameron telah menjemput Thatcher ke Downing Street untuk menghargai jasa beliau kepada negara.

> 20 Dis 2012: Dimasukkan ke hospital selepas masalah hempedu.

> 8 Apr 2013: Disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun selepas diserang strok.


Thatcher, yang menjadi perdana menteri antara 1879 dan 1990 dipuji kerana melakukan perubahan di sebuah negara dalam sedekad, meletakkan Britain kembali sebagai negara industri utama dunia dan perdana menteri paling lama berkhidmat era selepas perang.

Baroness Thatcher, adalah satu-satunya dan juga perdana menteri wanita pertama Britain yang beliau mula mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.

Thatcher yang dimasukkan ke hospital selepas Krismas, turut menjalani pembedahan untuk membuang satu ketumbuhan pada pundi kencingnya tetapi dibenarkan pulang ke rumah sebelum sambutan tahun baru.

Beliau akan terus mencatat sejarah bukan hanya sebagai Perdana Menteri wanita Britain pertama, tetapi juga wanita yang mengubah ekonomi Britain untuk terus bersaing di pentas antarabangsa.

Thatcher adalah satu-satunya perdana menteri Britain yang meninggalkan satu idea negara contoh yang mana ia ditiru dan menjadi ikutan kebanyakan pemimpin dan negara lain.

Anak perempuan Thatcher berkata bahawa pada 2008 beliau mengalami dementia selama lapan tahun serta perlu diingatkan bahawa suaminya sudah meninggal dunia.

©Eriyza : Margaret Thatcher dan Ratu Elizabeth mempunyai wajah yang hampir sama.

Via : mStar | Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.