May 13, 2013

Gadis Bertahan Bawah Runtuhan


Seorang gadis, Reshma Begum, 19, masih berpeluang meneruskan kehidupan kerana terselamat meskipun terperangkap selama 17 hari di bawah tanah sejak Rana Plaza yang setinggi 8 tingkat runtuh. Tragedi menyayat hati itu berlaku pada 24 April 2013 dan telah mengorbankan lebih kurang 1000 nyawa.

Ketika diselamatkan, gadis itu melambai tangan kepada penyelamat dan tidak cedera teruk. Menurutnya, dia menukar pakaian menggunakan pakaian rakan-rakannya yang telah mati.



Reshma bertahan untuk hidup dengan makan makanan kering yang terdapat di sekitar mayat yang bergelimpangan di sekelilingnya. Pada mulanya, dia masih berhubung dengan 3 orang mangsa yang lain tetapi satu persatu daripada mereka 'diam' sehingga tiada suara lagi kedengaran.

©Eriyza : Reshma pasti takkan melupakan peristiwa ini seumur hidupnya.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.