Jul 22, 2013

Pelajar Dipenjara Sehari Kerana Jual Bunga Api


KUALA LUMPUR – Gara-gara menjual bunga api dan mercun tanpa permit di bazar Ramadan, seorang pelajar kolej dipenjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fitkry ) Rosly, 19, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

“Saya tahu kamu orang susah dan kamu menjual mercun untuk mencari duit. Saya harap kamu mencari duit untuk menyambung belajar dengan cara yang halal bukan dengan menjual bunga api dan mercun,” katanya sebelum menjatuhi hukuman.

Mohd Fitkry membayar denda tersebut. Dia didakwa menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun termasuk dua kotak besar “Pop-pop”, sembilan kotak bunga api “Happy Boom” dan 17 bungkus mercun “Thunder Clap” di kawasan tapak Bazar Ramadan, Jalan Raja Alang di sini pada 6 petang, Jumaat lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 19 Julai lepas, sepasukan anggota polis menjalankan operasi khas di sekitar kawasan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan mendapati tertuduh sedang berurusan dengan orang ramai menjual bunga api dan mercun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

©Eriyza : Tak pasal-pasal jadi banduan.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.