Jul 3, 2013

Tiga Kereta Dicuri Pada Awal Pagi


CHUKAI – Seorang pesara kastam berputih mata apabila tiga kenderaannya yang diletakkan dalam garaj rumah dikebas pencuri ketika mangsa sekeluarga nyenyak tidur dalam kejadian di Jalan Delima 6, Lot 144, dekat sini, awal pagi semalam.


Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi dan kenderaan yang hilang ialah Toyota Hilux, Toyota Altis serta Naza Kia Forte.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 57 tahun meninggalkan set kunci pendua rumah dalam kenderaan Toyota Hilux.

Menurutnya, suspek yang membuka Toyota Hilux menggunakan kunci pendua itu untuk membuka pintu rumah dan mengambil dua lagi kunci kereta iaitu Toyota Altis dan Naza Kia Forte yang diletakkan atas meja dalam rumah terbabit.

“Selain itu, sebuah komputer riba milik anak mangsa turut dilarikan dan semasa kejadian, pagar rumah mangsa tidak berkunci.

“Kita percaya kes ini dilakukan lima lelaki dan mereka adalah suspek sama yang terlibat dengan kes curi tiga Toyota Hilux di Kuantan, Pahang, dua hari lalu,” katanya, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini bekerjasama bersama IPD Kuantan untuk mengesan semua suspek terbabit.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A/Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh untuk melakukan jenayah.

©Eriyza : Kenderaan-kenderaan yang hilang berkenaan berplat CCV 3937 (Toyota Hilux Silver), CCW 3937 (Toyota Altis Putih) dan CCX 3937 (Forte Silver).

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.